KATA NAMA
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan
haiwan: ayam, itik, buaya
benda: televisyen, komputer, bank
tempat: stadium, jalan raya, pulau
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
orang: Cik Nazifah, Inspektor Fahim, Dr.Eng
binatang: Comel, Pak Belang, Dody
tempat: Kampung Bahru, Johor Baru, Putrajaya
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Bagi menguji tahap kefahaman anda mengenai Kata Nama ini...Sila Klik pada Take Quiz.
Kata hubung.
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan
dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu cepat sembuh. |
apabila | Sila angkat tangan apabila nama kamu dipanggil. |
Kata Hubung Berpasangan
Contoh |
Jangan – pun |
Sama ada – ataupun |
Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan |
Dengan |
Kerana |
demikian |
atau |
Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa |
semoga |
setelah |
sewaktu |
Jom uji kefahaman dengan menjawab soalan di bawah ini. Sila masukkan nama anda di ruangan tersebut dan terus Klik pada Take Quiz.
SELAMAT MAJU JAYA...
Kata ganda ialah satu proses pengulangan perkataan yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Contoh :
Gandaan kata nama | Gandaan Kata kerja | Gandaan Adjektif /sifat |
buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan | baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik | manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat |
Jom uji kefahaman anda dengan menjawab soalan kuiz dibawah ini. Sila masukkan nama anda di ruangan tersebut dan terus Klik pada Take Quiz.
SELAMAT MAJU JAYA
LATIHAN PEMAHAMAN
Pemahaman ialah perihal memahami , apa yang difahami tentang sesuatu pengajaran atau sejauhmana sesuatu isi kandungan pengajaran itu difahami oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Jom uji kefahaman anda dengan menjawab soalan kuiz di bawah ini. Sila klik di ruangan Take Quiz.
Selamat Mencuba!