MyEm0.Com Jom Kita BelajaQ

Tuesday, February 1, 2011

Bahasa Melayu ( Kata Nama Am/ Khas )



KATA NAMA
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang:  ayah, polis, perempuan
haiwan:  ayam, itik, buaya
benda:  televisyen, komputer, bank
tempat:  stadium, jalan raya, pulau
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda:  Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
orang:  Cik Nazifah, Inspektor Fahim, Dr.Eng 
binatang:  Comel, Pak Belang, Dody
 tempat:   Kampung Bahru, Johor Baru, Putrajaya
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Bagi menguji tahap kefahaman anda mengenai Kata Nama ini...Sila  Klik pada Take Quiz.
        SELAMAT MENJAWAB


                                                         
                                                                 





No comments: